3. Seni Warna Asli

 

- Penghasilan karya seni menggunakan tangan yang mengaplikasi warna dari alam semulajadi.

- Diambil daripada bunga-bungaan, daun-daun, rempah ratus dan sebagainya.

- Boleh dijadikan hadiah korporat atau peribadi, cenderahati syarikat, hiasan rumah atau ruang pejabat

 

Kejayaan dalam penyelidikan untuk menghasilkan mushaf al-Quran telah membenihkan idea kepada Black & Brown untuk menghasilkan sesuatu yang asli dan suci yang ditimba daripada alam.

Seni warna asli adalah usaha penghasilan karya seni yang menggunakan warna-warna yang dibuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga-bungaan, rempah-ratus dan bahan-bahan dapur.

Antaranya kesumba, kunyit, bunga raya, daun pandan, daun cekur manis, putih tus dan lain-lain lagi.

Penghasilan karya seni warna asli ini menggunakan tangan sepenuhnya bermula daripada penerapan motif dan reka bentuk yang diambil daripada seni tampak Melayu, pewarnaan dan penyalinan ayat-ayat.

Ia boleh diterapkan ayat-ayat suci al-Quran, nama-nama Allah, puisi, Hadith, kata-kata hikmah dan sebagainya mengikut keperluan anda.

Seni warna asli ini boleh dijadikan hadiah korporat atau peribadi, cenderahati syarikat, hiasan rumah atau ruang pejabat.

Seni warna asli yang dihasilkan ini memungkinkan kita menikmati satu lagi dimensi seni yang baru dalam dunia seni tanahair.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Size:20” x 20”; Surah :Al-Kafirun; Ayat : 1-2;Khat : Thuluth

Size:21” x 21”; Surah :An-Nisa; Ayat : 125; Khat : Thuluth

Size: 13” 12”