|
dalam bahasa Inggeris. Loghatnya seperti orang Cina Hong Kong. “Lepas asar, tak payah buat solat sunat ba`diyyah.”[1] Mazlan menyedari yang dia duduk di sebelah ruang wanita yang dihijab dari pandangan lelaki dengan kain yang dihias dengan ayat-ayat tulisan Arab. Dia bergerak sedikit ke hadapan untuk menjauhi hijab itu kerana terasa bersalah mendekati ruang wanita. Di atas dinding sebelah kiri dilihatnya satu ayat yang dibingkai dengan cantik. Ayat itu menghiasi gambar Kaabah. Di bawahnya tertulis nama orang yang menghadiahkan gambar itu kepada masjid. Tertulis dalam bahasa Inggeris: ‘Semoga Allah memberi syafaat kepada mereka yang inginkan kebaikan. Ingatan ikhlas dari Taufik Ma Hon Kan’. Mazlan tersenyum membacanya. Ma Hon Kan lagi. Rupa-rupanya hari ini adalah hari Ma Hon Kan. fikirnya.
BAB 9 Oleh kerana cuaca baik dan bulan mengambang, Ireen meminta Fatimah menghidangkan makan malam di luar. Sebagai satu kelainan, dia juga meminta Fatimah dan Rahim makan bersama-sama mereka malam itu. Mulanya Fatimah menolak kerana segan dan tidak mahu mengganggu tetamu rumah itu tetapi Ireen tidak mahu menerima alasan-alasan yang diberi olehnya. Fatimah kemudian meminta sedikit masa supaya dia menyiapkan dirinya sebelum mereka makan di taman. Tepat pada pukul lapan malam, semuanya telah terhidang dan Fatimah pun telah bersedia untuk makan bersama-sama tetamu rumah itu. Apabila Mazlan dan Ireen masuk ke perkarangan taman, mereka ternganga melihat Rahim dan Fatimah. Penjaga banglo yang berbadan kurus dan tukang masak itu berdiri di tepi meja menunggu kedatangan mereka. Rahim memakai baju turtle neck warna biru tua dan jaket yang mempunyai lambang Kelab Kriket Dhaka di poket kiri. Seluarnya putih dan bergosok dengan rapi. Fatimah pula menggayakan baju panjang warna biru muda berjalur jingga. Selendang lebarnya pula berwarna jingga tua. Di lengan Fatimah tergantung beg tangan kulit kecil jenama Christian Dior. Mazlan tidak tahu apa yang patut dikatakan. Dia hanya menarik kerusi untuk menjemput Fatimah yang berbadan langsing itu duduk. “Wah! Bukan bulan saja yang mengambang tapi kamu berdua juga,” Mazlan mendapat lidahnya kembali yang hampir tertelan tadi. Ireen bertanya pada Fatimah tentang jenis kain bajunya kerana dia jarang nampak kain yang amat halus seperti itu. sekali. Jika angin dari tepi, hanya dua layar yang berbentuk tiga segi akan dinaikkan. Satu di depan tiang dan layar utama di belakang tiang. Layar yang berbentuk seperti separuh belon akan digunakan untuk menampung angin. Sloop itu laju tetapi masih tidak dapat menandingi Bintang Pagi. Dengan jong itulah mereka cari makan.
Maz BayMazlan tidur di atas plastik yang dibentangkan oleh Rejab. Kain yang Mazlan gunakan untuk solat tadi, kini menjadi selimut. Agas atau nyamuk tidak ada kerana angin sentiasa bertiup sederhana. Rejab yang telah menghidupkan unggun, sentiasa menjaganya supaya Mazlan tetap mendapat hangat darinya. Lagipun Rejab bimbang kalau-kalau ada binatang buas atau ular yang mungkin merayap di pantai itu. Dia tidak berani membangunkan Mazlan. Dia takut kalau-kalau dimarahi. Rejab membaca Ya Sin dari kandungan kitab Majmuk Sharif yang kecil yang sentiasa dibawanya. Setelah Ya Sin, dibacanya doa Haikal.[2] Itulah yang dia gunakan sebagai pendinding untuk mereka bermalam di situ. Kitab Majmuk Sharif itu kecil saja, hanya besar sedikit dari kotak rokok. Kitab itu sudah menjadi amalan orang dulu lagi dan Rejab tidak akan ke mana jika tidak membawanya. Banyak kebaikan yang boleh diambil darinya. Mazlan mula bermimpi dan ada dua tiga patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Ketika itu Rejab sedang mengulang Ya Sin. Matanya memandang Mazlan dan tidak lagi pada kitab yang di tangannya. Rejab sebenarnya memang hafal Ya Sin. Dilihatnya jam Rolex yang ada di tangan Mazlan. Waktu sudah 12.30 tengah malam. Rejab lapar tapi tidak berani meninggalkan Mazlan untuk pergi ke Bintang Pagi. Dia terus mengisi perutnya dengan Ya Sin. Tepat pada pukul 2.40 pagi, Mazlan mengigau. Entah siapa yang dipanggilnya. Dari hutan di bukit itu pula, berbunyi sesuatu yang kuat, mungkin burung, mungkin binatang lain, fikir Rejab yang tadi betul-betul mengantuk dan sekarang celik seperti mata ikan. Malam yang gelap itu menjadi lebih gelap apabila bunyi dari bukit itu lebih kuat. Rejab tidak berani untuk melihat ke arah hutan yang tebal itu, kalau-kalau ternampak sesuatu yang tidak dijangka. Mazlan pula mula menunjukkan gelisah. Mimpinya sudah pasti bertambah. Suara yang keluar bukan lagi dari mulutnya tetapi dari tekak yang paling dalam. Rejab meramas kitabnya tanpa
[1] Selain itu, ada beberapa jenis solat sunat yang dilarang melakukannya pada waktu selepas asar iaitu sunat mutlak, sunat ihram, sunat istikharah dan sunat tasbih. [2] Doa Haikal mempunyai tujuh bahagian. 1) Ayat Kursi. 2) Ayat 35 surah Ali Imran, ayat 77-80 surah al-Isra’. 3) Ayat 285-286 surah al-Baqarah. 4) Ayat 81-85 surah al-Isra’. 5) Ayat 4-6 surah Maryam, ayat 27 surah al-Fath. 6) Ayat 1-4 surah al-Jin. 7) Ayat 51-52 surah al-Qalam. |