Pembinaan Al-Quran Mushaf Asli:

 

 

 

 

 

 

 

Usaha menghasilkan manuskrip mushaf al-Quran beriluminasi (berhias) dan berwarna penuh  dengan menggunakan bahan-bahan dari sumber alam semulajadi.

Kepingan-kepingan kayu sebagai lembaran manuskrip, penerapan warna di ambil daripada bunga-bunga, daun-daun, rempah ratus dan sebagainya serta penggunaan alat penyalinan daripada alam seperti handam, ijuk, buluh dan sebagainya.

Ia akan dilaksanakan sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli di Malaysia.

Telahpun dimaklumkan kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 10 Februari 2004 di Yayasan Kepimpinan Perdana. 

Projek pertama seumpamanya di dunia ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada penambahan pembinaan dan pengembangan tamadun dan budaya negara, sekaligus memartabatkan masyarakat pribumi  Malaysia ke persada antarabangsa.