a. Penerbitan:
iii. Penerbitan buku lain
a.Ya Sin Dan Terjemahan Serta Tahlil bereka bentuk khas untuk Prudential BSN Takaful Berhad
Ya Sin ini diterbitkan dengan mengaplikasi logo Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB dijawikan menjadi Pa, Ba, Ta, Ba) sebagai motif dan reka bentuk bagi menghiasi kulit luar dan setiap lembaran Ya Sin. Usaha pertama seumpamanya di Malaysia dengan menjadikan logo dan warna korporat organisasi sebagai motif dan reka bentuk bagi menghiasai penerbitan Ya Sin.
Melalui usaha ini, anda juga boleh memiliki Ya Sin dengan bereka bentuk khas syarikat anda untuk dijadikan sebagai hadiah, sedekah atau wakaf kepada mana-mana pihak yang dihajatkan atau sempena program-program yang dianjurkan oleh syarikat anda.
b. Buku ‘Construction Industry Master Plan Malaysia 2006 – 2015’ Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah memberi kepercayaan kepada Black & Brown untuk menjalankan kerja-kerja penerbitan buku ‘Construction Industry Master Pelan 2006-2015’ yang merangkumi kerja-kerja penyediaan konsep dan logo kulit buku, susun atur, pemilihan gambar dan kerja-kerja percetakan. Ia adalah sebuah buku pelan induk industri pembinaan pertama negara yang diterbitkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia melalui CIDB untuk digunapakai sebagai garis panduan di dalam industri pembinaan. Kemungkinan besar dasar ini tidak berubah dalam jangka masa 15 tahun. Buku ini juga membincangkan mengenai senario dan halatuju sektor pembinaan di Malaysia. Ia diterbitkan dalam bahasa Inggeris yang dicetak dalam dua versi; kulit keras dan kulit lembut. Buku ini dirancang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.