a. Penerbitan:

ii. Penerbitan buku untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Pengalaman dalam bidang penerbitan telah mendapat kepercayaan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk menerbitkan buku bagi kegunaan Kementerian.

Antara penerbitan buku yang telah dilaksanakan ialah:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

a.Seri Syahri Syahda

Penerbitan buku ini adalah mengenai sejarah, kemuliaan dan pengisian bulan-bulan terpilih di dalam kalendar Islam iaitu bulan Muharam, Rabiulawal, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal dan Zulhijah. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

b.Ya Sin, Tahlil Dan Surah-Surah Pilihan

Buku ini mengandungi surah Ya Sin, Tahlil dan Surah-Surah pilihan berserta terjemahan untuk memberi pemahaman dan manfaat secara menyeluruh kepada pembacanya. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

c.Mutiara Amalan Untuk Wanita Dan Keluarga

Buku ini membincangkan mengenai pengiktirafan al-Quran dan al-Hadis terhadap wanita, sari perjuangan beberapa orang tokoh wanita Islam dan petua berlandaskan al-Quran dan al-hadis serta doa-doa pilihan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

d.Solat Mi’raj Al-Mukmin:

Buku ini diterbitkan untuk memudahkan masyarakat memahami solat sebagai ibadah yang mudah untuk dilaksanakan dan menghayatinya agar ia dapat didirikan dengan lebih sempurna. Ia menyentuh mengenai konsep solat, bersuci, solat-solat fardu, solat-solat sunat dan beberapa persoalan berkaitan solat. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

e. NAM: Empowering Women In Facing The Challenges Of Globalisation

Penerbitan buku “Coffee table” ini adalah bersempena dengan persidangan NAM yang telah diadakan di Putrajaya tahun 2005. Buku ini menceriakan mengenai sejarah penubuhan, fungsi dan perkembangan Kementerian pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.